Superahah

Navigate
Status cinta :*

03/06/13 - Aku kena belajar hidup macam ni. Sampai bila kena terus layan perasaan. kan? Kau boleh hidup lah Ayu. Kau akan terus hidup sekiranya masih ada oksigen. Tapi tidak apabila sudah kehendakNya :') Saya yakin boleh!




Chit-chat


Past Tense

  • How's your day today?
  • what happen to me today
  • Hello sunshine
  • I was born thiss way
  • What a day
  • This is me
  • check this out!


  • Older post                        Newer post

    oh my!

    Hello earthlings, hari ni aku update mau cerita pasal time dekat sekolah tadi..

    Tadi pagi ialah pasca PMR yang last sebab esok hari penutupan, so aktiviti yang kami jalankan tadi ialah ; bola sepak (lelaki) bola jaring (perempuan) bola baling (lelaki and perempuan) ada lagi satu catur. Lepas dari perhimpunan semua form3 kena suruh pergi padang sekolah. Jadi semua orang berebut tempat duduk, tapi malangnya kena suruh berhimpun dekat gelanggang, kecuali pelajar lelaki lah sebab dorang kena suruh kumpul dekat bilik PJK. So, cikgu yang handle bola jaring tu suruh kumpul dekat kumpulan masing-masing, tapi ramai yang tidak tahu dorang kumpulan apa. So, terpaksa lah aku dengan kawan aku lagi satu pergi ambil senarai nama tu dekat bilik cikgu..

    Lepas berlari dari bilik cikgu, aku dengan geng-geng aku semua ni memang terer main kutt. Hahaha.. So, kami satu kumpulan kena bagi nombor 1, jadi kami yang first lawan dengan kumpulan 2. Sebab semua kumpulan ada 8, setiap satu kumpulan ada 14 orang. Oleh kerana ramai juga pelajar yang tidak tahu main bola jaring, Teacher Carol a.k.a pemimpin kami minta supaya dorang buat demo cara main bola jaring. So, muka-muka wakil sekolah tu kena suruh berdiri untuk buat demo. Aku tidak mahu berdiri sebab kalau main panas. Tapi cikgu pergi sebut nama aku .___. Terpaksa lah tapi enjoy juga. Buat demo jak punn. *Pandang kanan ada dia.

    Lepas buat demo, kumpulan 1 kena lawan dengan kumpulan 2. Aku ambik posisi Center, entah kenapa aku suka tu posisi. Best kutt dapat lari mana-mana jak.. So, macam biasa lah ketua pasukan kena panggil oleh pengadil mahu tentukan padang atau bola. Humban duit syiling tu, kami pilih nombor sekali bunga. So pengadil tanya pihak lawan, dorang cakap mahu bola jadi kami pilih tempat shoot. First tu memang takut sebab mungkin pihak lawan kuat. Sekali last-last kami yang menang. Kump. 3 lwn kump. 4 , kump. 4 menang, kump. 5 lwn kump. 6, kump. 5 menang, kump. 7 lwn kump. 8, kump. 8 menang.

    Aku tidak berapa tengok kumpulan lain main sebab aku mahu kumpul tenaga, lepas jak rehat, kump 1 kena lawan dengan kumpulan 4. Then, kami juga yang menang! hewww.. kumpulan 5 lawan pula dengan kumpulan 8, kumpulan 5 yang menang. Lepas kump. 5 menang dalam pertandingan tu dorang kena lawan kami lagi *kump. 1. Tapi dorang terpaksa main dalam keadaan yang penat. tapi dorang ada kena bagi rehat jugalah tapi tidak lama. Time lawan dengan kami, aku lah orang yang balik-balik kena hentam oleh GA pihak lawan tu, tapi kami friend juga. Hahaha, kena rampas bola sampai perut aku kena tumbuk and then, aku dapat bola kena langgar dari belakang nasib tidak sakit.

    Tapi time lawan tu memang kita orang juga lah yang champion sebab kami kasih kalah dorang dengan mata "6;0" hebat kan? teacher bangga dekat kami, kira macam teacher mahu bawa jalan-jalan kutt? Hahaha..Sebab sudah menang mesti la kena belanja. Kalah teruk dorang oleh kami.
    Wisel kena tiup and then semua orang bersurai pergi rehat...Time rehat tu aku cari orang tapi aku tidak jumpa jadi aku kasih kawan la kawan aku main catur, oleh sebab aku tidak pandai main catur aku jalan-jalan lah dengan kawan aku nama Erra tu. Time jalan dekat medan perhimpunan tidak jumpa juga orang tu. Jadi jalan jak lah dekat padang, sekali jumpa! Duduk dekat bawah pondok yang sebumbung. *Diam tidak tegur pun .___.\

    Lepas rehat ada pertandingan Bola baling tapi aku tidak ikut sebab permainan tu ganas sangat lagipun aku tidak pandai main. Hahaha, so aku duduk-duduk jak la dekat pondok tu cerita dengan kawan kawan. Sampai tidak sedar sudah balik semua orang. So, kami balik lah tunggu kereta ambil. Lepas naik dari kereta tu, ada ramai lagi yang belum masuk jadi, tunggu lagi kejap sekali Kereta tidak dapat start habiss! kita orang kena suruh menumpang, and then, sampai rumah jam 2. Penatnya, sampai sekarang belum ada tidur lagi. *Mata dah layu .___.


    Sorry guys kalau entry ni banyak story. Aku nak tidoo dulu bye!

    I'm just an ordinary girl who live in an extraordinary life



    0 Comments:

    Post a Comment

    - Hye sudah baca entry ? Alhamdulillah.
    Do comment dear :D